Maksud tersirat 'Bird Box'??

Assalamuaalaikum selamat tengahari semua..

Masih lagi sahut cabaran 21 hari 21 entri, wlau satu entri dah termiss haha

Harini kakmiah nak sangat cerita tentang movie Bird Box tu.. Bagi kakmiah maksud cerita tu dalam lah.. kakmiah ni pulak memang suka fikir pelik2🤣🤣

Tapi kan uols perasan tak yang cerita tu menggambarkan tentang keadaan dunia, cara kita hidup sekarang, yang 'mata' kita ni asyik dengan handphone/gadget..

Dalam cerita tu, uols perasan tak ia melibatkan tentang mata, once uols dah terpandang makhluk jahat tu, uols terus tak boleh nak control diri, dan at last akan tamatlah riwayat mereka yang memandang..

Begitu juga dengan kita sekarang ni, mata asyik pada gadget, lupa segala benda, banyak perkara yang terabai, tertangguh, yang tanpa kita sedari, kita semakin hanyut, semakin 'mati' ...

Namun dalam cerita tu, ada satu penyelamat iaitu 'bird box' yang akan memberikan indikator dengan mengeluarkan bunyi bising andai makhkuk jahat menghampiri..

Dalam hidup kita pula, penyelamat adalah dengan kita dengarkan diri kita dengan alunan ayat2 alquran, dengan kita memahami maksud ayat2 quran tersebut, yang akan menyedarkan diri kita tentang siapa dan apa tujuan kita hidup sebenarnya, justeru akan membantu kita dari terus 'mata' ini memandang gadget..

Sekian tafsiran kakmiah yang suka fikir pelik2.. Oh ya, tafsiran khayalan semata2 ya tiada kaitan dengan mana2 atau apa2 keadaan hihi

Pepon, moga uols dapat sesuatu yang positif! InshaAllah

Kakmiah usahawanDAG
DAGhome distributor
ML DAG

Foto diambil dari imdb.com

No comments