Konsisten dengan DAG?

Jam sekarang 1209 tengahari..

Idea dah ada, tapi tak tersusun, tapi kakmiah ikut je ape yang terlintas.. Jadi kakmiah terus menulis..

Hari ini hari ke3 sahut cabaran MD DAG hihi.. Masih dalam mood throwback, tapi hari ini throwback dalam DAG...Pendapat kakmiah, bagus untuk kita kenang masa lalu andai ia dapat mendatangkan kebaikan untuk kita, kalau sebaliknya memang kena buang jauh jauh!..

Kakmiah sertai DAG ni dari April 2016 lagi, (dari saat hanya MD dan CEO yang lakukan sendiri semua tugas) dan sampai sekarang kakmiah masih setia dengan DAG... Uols berminat ke nak tahu apa yang menyebabkan kakmiah masih terus konsisten?

1. PERMINTAAN BERTERUSAN..
Pertamanya sebab kakmiah tak pernah putus2 ada pertnyaan dari customer atau prospek untuk dapatkan bantal DAG.. Lagi bertambah mudah sekarang ni, sebab tak perlu nak explain panjang lebar dah, mungkin disebabkan ramai sekarang yang dah percaya dengan brand DAG...kalau dulu, alahai penat juga nak menjawab, bila customer tanya macam2, bantal terpakai ke?.. Bagus ke?.. Itu ini begitu begini hihi.. Tapi sekarang Alhamdulillah, beritahu je, trus close👍

2. DAG SENTIASA UPGRADE DAN BERKEMBANG
Seterusnya sebab kakmiah perhatikan DAG ni sentiasa menunjukkan perkembangan yang positif. Setiap permasalahan yang dihadapi dalam DAG, akan ditangani, walau tak terus 'debuk' nampak, tapi memang ia berlaku, sebab segalanya adalah proses. Contoh paling kakmiah ingat, cara order, kalau dulu tulis dalam buku log je korang.. Korang boleh tengok dalam gambo kat bawah ni. Tapi sekarang dah canggih dah, cara order dah setanding hebat macam company2 gah yang lain dah.. Kakmiah pon bangga tau..

Banyak lagilah yang boleh kakmiah nampak, dari rumah teres, pastu ke shop lot kedai (yang takde papan tanda pon) sehinggalah sekarang, ada gudang beso gedabak dengan staf yang ramai dan ruang ofis yang lebih eksklusif dan teratur..

Dan lagi satu kakmiah jumpa juga satu gambar ni, cara announce lucky draw tahun 2016,masa tu CEO live dekat taman kat area rumahnya jer, dengan line terputus2😂😂... Dan kakmiah lah salah seorang yang menang tu hihii.. Tapi sekarang lucky draw memang ekslusif yang amat,dengan hadiah takyah cakap ler, bukan biasa2.. Boleh tgk gambo2 banding beza antara 2016 dan sekarang..

3.STOR KAKMIAH SENDIRI
Pada diri kakmiah sendiri pulak, kalau sebelum ni, semua stok kat rumah sahaja tapi sekarang Alhamdulillah kakmiah mampu untuk ada stor kakmiah sendiri juga.. Hehe

InshaAllah kakmiah pon nak terus maju bersama DAG aminn!










No comments