Pepon kakmiah nak teruskan juga menulis, dah rasa seronok hihi
malam ni, memula terfikir nak berikan tips andai uols ada nak melancong ke vietnam, tapi memandangkan sekarang dah tahun 2019,dan kakmiah pula berada di sana tahun 2013,2014..jadi rasa kurang sesuai kerana keadaaan mungkin berubah.. Walaubagaimanapun, satu perkara yang kakmiah rasa mungkin masih sama adalah, andai uols nak shopping, memang uols harus keluar pagi yang time peniaga tengah baru buka kedai.. Time tu, kalau uols tawar harga, memang akan dapat harga yang paling murah, TAPI PASTIKAN hanya minta nak kurang harga bagi item yang uols betul2 nak sahaja, kalau tak memang uols akan nampak apa yang akan berlaku haha
Pastu kakmiah nak cerita juga, masa tempoh kakmiah kat sana, kakmiah kat vung tau, satu pulau yang cantik, tapi tiada masjid pon(masa tu la,sekarang tak pasti),yang menunjukkan bahawa tak sampai 40 orang pon muslim kat sana.. Memula kakmiah risau juga kan,tapi Alhamdulillah orang2 kat sana memang baik2, dan paling penting kakmiah yakin pada Dia, yang sebaik2 penjaga.. Alhamdulillahhh kakmiah, suami dan anak kakmiah masa tu sorang je, memang betul2 seronok kat sana.. Kami tinggal kat serviced apartment, tapi seolah2 kami punya, sebab memang takde orang sangat pon..life kakmiah masa tu, hanya masak, jaga diri,dan setiap pagi ke gym dengan anak, dan gym pon macam kami punya coz takde orang lain hehe.. Urusan mengemas, cuci baju, dan lain2 ada yang akan uruskanš¤
Dan paling seronok, dua bulan sekali kami balik malaysia, tiket flight, kos teksi semua ditanggung majikan, memang betul2 seronok lah hehe
Walaupon pelbagai anggapan negatif sebelum kami ke sana, tapi Alhamdulillah bila kat sana, semua terasa mudah.. Untuk dapatkan makanan halal semua tu, Alhamdulillah ada yang bantu.. Bagi kakmiah satu kuncinya, kite yakin dengan Dia, yakin dengan penuh pengharapan bahawa Dia sebaik2 penjaga..Syukur atas segala nikmatNya..
Kakmiah UsahawanDAG
DAGHOME distributor
ML DAG

No comments