Hari ke4 sahut cabaran!
Assalamualaikum/ selamat pagi sebagai mukaddimah hihi.. kakmiah target setengah jam siap menulis💪 inshaAllah
Tajuk harini lain dari kebiasaan mungkin..to be honest, actually its about my daughter (the eldest one)..kalau kite sebut Ahmad Albab tu, what will come to your mind?? Haha-nangis all day long for more than a month, kan?..
Itulah yang berlaku to our(me n my husband of course🤭) hannah..semasa dia dilahirkan,at first memang dia tak nangis, rupanya sebab dia 'lemas'tapi selepas ditepuk2 n dimasukkan pelbagai alat, then she start crying.. Dan hannah dilahirkan pon bukan natural contraction tapi dengan cara induce.. masa tu gynae recommend untuk induce, coz bila scan my hannah almost 4kg on 37 weeks (if im not mistaken, lupa lak😅), bila kuar agak 'semangat' juga, 3.4kg.. Tapi kalau diundur balik masa, memang kakmiah takkan berurusan dengam gynae tersebut, memang tak akan😂
Bermulalah detik berpantang,dan sepanjang berpantang amatlah kakmiah, dan ma ayah, keluarga di kampung diujii dengan hannah yang sentiasa menangis, menangis yang macam dalam cerita Ahmad Albab tu..dia hanya diam saat dia tertido, bila terjaga sahaja, dia akan nangis dan terus nangis..Kalau diikutkan, kami dah buat apa yang disarankan orang ramai, iaitu cek mungkin dia tak cukup susu ke, atau kembung perut ke atau cek dalam telinga semua tu, tapi tetap tak berkesan.. Alhamdulillah ma ayah memang sentiasa di sisi.. Malam2 ma ayah bergilir2 untuk dukung hannah.. Ayah masa tu memang tak tido sangat sebab duk dukung hannah.. Dan ada satu malam tu,kul 2-3am, ma tak tahu nak buat macam mana, hinggakan ma terpaksa amik keputusan mandikan hannah, dia tertido sekejap, dan kemudian terjaga sambung nangis lagi..Masa tu kakmiah ingat lagi, satu kampung tahu keadaan hannah dan lebih dari 3 orang ustaz kot yang kami jumpa.. Tapi keadaan tetap sama.. Dan seingat kakmiah, hannah dah mula tak nangis semasa hari2 terakhir habis pantang..
Semasa kami balik kuala lumpur,(ma pon ikut sekali masa tu) keadaan dah makin bertambah baik.. Dan yang pastinya ayat2 quran tu, sentiasa dialunkan kepada hannah.. Alhamdulillah keadaan hannah sudah lagi tidak seperti Ahmad Albab..
Cuma kakmiah perasan tentang satu perkara, semasa hannah 7bulan, memang betul2 kami mendapat rezeki yang betul2 mlimpah ruah, yang betul2 kakmiah rasa saat itu adalah saat2 yang kakmiah ni dilayan macam seorang permaisuri, bilamana husband kakmiah dapat offer untuk bekerja kat Vietnam..anak sorang kan masa tu, jadi senang lah untuk kerja luar hehe..
InshaAllah next kakmiah nak cite pulak, apa yang best sangat hingga kakmiah katakan dilayan sebagai seorang permaisuri hihi
Kakmiah usahawanDAG
ML DAG
DAGHOME distributor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments